Nuffnang Ads

Thursday 29 November 2012

[Islam] - Kelebihan Solat Tahajjud




Solat Tahajjud adalah solat malam yang dilaksanakan setelah bangun tidur, afdalnya dibuat secara bersendirian waktu selepas tengah malam. Solat sunat ini amat dituntut dan sangat baik dilakukan sebagai ibadah tambahan. Rasulullah SAW dan para sahabat tidak meninggalkan solat ini sepanjang hayat mereka.

Firman Allah SWT.:

“Dan pada sebahagian malam hari bersolat Tahajjudlah kamu sebagai suatu ibadat tambahan bagimu; Mudah-mudahan Tuhan-mu mengangkat kamu ke tempat yang terpuji.”
(Surah Isra’; ayat 79)

Rasulullah SAW bersabda: “Kerjakanlah solat malam sebab itu adalah kebiasaan orang solihin sebelum kamu, juga suatu jalan untuk mendekatkan diri kepada Tuhanmu, juga sebagai penebus segala amalan buruk, pencegah dari perbuatan dosa dan dapat menghalangi penyakit dari badan.” (Riwayat Tirmizi dan Ahmad r.a.)

KELEBIHAN SOLAT TAHAJJUD

1.Tahajjud adalah solat sunat yang paling afdal.
2.Doa dimakbulkan Allah.
3.Memperolehi ketenangan jiwa.
4.Merasai diri hampir kepada Allah SWT.
5.Diberikan keistimewaan oleh Allah SWT.
6.Memperolehi pertolongan dan rahmat Allah.
7.Menewaskan gangguan dan godaan syaitan.
8.Mencegah dosa dan menghindari penyakit.
9.Menjadi lebih berdisiplin dalam melakukan tugas.
10.Allah SWT memudahkan menerima ilmu yang dipelajari.
11.Terkeluar daripada catatan sebagai golongan yang lalai.
12.Dihormati masyarakat dan dijauhi daripada hasad dengki manusia.
13.Allah SWT memberikan kemudahan dan rezeki yang berpanjangan.
14.Orang bersolat Tahajud menjadi kesayangan Allah SWT.
15.Diberi keistimewaan yang orang lain tidak perolehi.
16.Mendapat kemuliaan Allah SWT di dunia dan akhirat.
17.Meninggikan martabat seorang hamba di sisi Allah Azza Wa Jalla.
18.Memudahkan hisab di akhirat dan melintasi Titian Siratal-Mustaqim.

Mari amalkannya

Tuesday 27 November 2012

[Parent] - 10 FAKTA KELAHIRAN YANG ANDA PERLU TAHU




1. Hanya 5% bayi yang lahir pada tarikh EDD (Estimated Due Date) mereka. Kebanyakannya lahir antara minggu ke 37 dan 42 kehamilan.

2. Sehingga bersalin, rahim ibu akan mengembang 500 kali ganda dari saiz normal untuk menampung kandungannya.

3. Purata darah yang hilang melalui proses kelahiran normal adalah 500ml.

4. 80% wanita mengalami sindrom “Baby Blues” semasa 2 minggu terawal selepas bersalin disebabkan oleh perubahan hormon badan.

5. Hanya 1 daripada 10 wanita mengalami pecah air ketuban sebelum proses bersalin bermula. Kebanyakan wanita hanya akan mengalaminya apabila mereka telah bersedia untuk meneran keluar bayi.

6. Badan manusia hanya mampu menanggung kesakitan sehingga 45 Del. Tetapi semasa bersalin ibu akan mengalami sehingga 57 Del yang bersamaan dengan 20 tulang dipatahkan serentak.

7. Apabila seorang ibu mula sakit hendak bersalin, tercatatlah pahala jihad baginya.

8. Apabila seorang ibu melahirkan anak, terhapuslah dosa-dosa lepas bagi wanita itu.

9. Ibu bersalin akan dapat pahala 70 tahun solat dan puasa.

10. Setiap kesakitan pada satu uratnya, Allah hadiahkannya pahala menunaikan haji.

[World] - Titik Kesamaan Europe & Krisis Ekonominya


Lengkap sudah skimish Goldman Sach menguasai Zon Eropah dengan terakhir Mark Carney dilantik Gabenor Bank England. Anda harus menjangka ekonomi dunia tetap lembap untuk tempoh yang panjang, manipulasi ekonomi melalui penasihat/gabenor negara eropah.




Info about Goldman Sachs

The Goldman Sachs Group, Inc. (NYSE: GS) is an American multinational investment banking firm that engages in global investment banking, securities, investment management, and other financial services primarily with institutional clients.
Goldman Sachs was founded in 1869 and is headquartered at 200 West Street in the Lower Manhattan area of New York City, with additional offices in international financial centers. The firm provides mergers and acquisitions advice, underwriting services, asset management, and prime brokerage to its clients, which include corporations, governments and individuals. The firm also engages in market making and private equity deals, and is a primary dealer in the United States Treasury security market. It is recognized as one of the premier investment banks in the world,[2][3] but has sparked a great deal of controversy over alleged improper practices, especially since the 2007–2012 global financial crisis.
Former employees include Robert Rubin and Henry Paulson who served as United States Secretary of the Treasury under Presidents Bill Clinton and George W. Bush, respectively, as well as Mark Carney, the governor of the Bank of Canada since 2008, Mario Draghi, governor of the European Central Bank and Mario Monti, the Prime Minister of Italy.


Source BBCWikipedia

[Apple] - HQ Apple Terbaru


Ken Seagal, pencipta iMac, ex Creative Director Apple bercakap berkenaan iPad Mini, pengurusan Apple, HQ Apple yang baru ketika Konference iStrategi, London.


[Cool] - Lenovo Yoga, World 1st Ultrabook


PC serba boleh, terdapat 4 mode boleh didapati dalam 1 ultrabook. Powered by Intel Core i7 processor, Window 8, 13.3" Ultrabook dengan HD+,IPS display (1600x900), seberat 1.9lbs. Maklumat spec lanjut di Laptop Spec.



1. Tablet Mode
2. Notebook Mode
3. Tent Mode
4. Stand Mode

Kelebihan nyata selain ultranipis & ultraringan, ia juga boleh dilipat sehingga 360 darjah. Lihat promo :




[Cute] - Nur Fazura BERTUDUNG


Alhamdulillah seorang demi seorang artis kita terbuka hati dan menerima hidayah untuk memakai tudung. Terbaru kelibat bintang Pisau Cukur, Nur Fazura di TV Alhijrah sangat ayu bertudung. Syukur...




Trailer Pisau Cukur [2009]

Friday 23 November 2012

[INFO] - Fakta Menarik Tentang Tidur

Medium where your mind chillout.


FAKTA MENARIK TENTANG TIDUR

1. Tanpa makanan, manusia boleh hidup selama lebih kurang 14 hari, tetapi tanpa tidur, manusia hanya boleh bertahan selama 10 hari.



2. Mamalia yang paling lama tidur adalah koala (22jam), kelawar (19jam) dan tenggiling (18 jam) manakala mamalia yang tidur paling sekejap pula adalah zirafah (2 jam), rusa (3 jam) dan gajah asia (3-4 jam)


3. Apabila dolphin tidur, hanya separuh otaknya akan nyahaktif, lagi separuh digunakan untuk membantu proses pernafasan.

4. Mengikut kajian pakar, 1 daripada 4 pasangan tidur di katil berasingan.


5. Bermimpi adalah normal tidak kira ianya mimpi ‘indah’ atau ngeri. mereka yang tidak bermimpi selalu dikaitkan dengan masalah peribadi atau personaliti.

6. Perkara yang berlaku ketika tidur ialah otak akan berehat, sel-sel rosak diperbaiki dan mengeluarkan hormon-hormon tertentu.


7.Selalunya 70% dari mimpi seorang lelaki adalah tentang lelaki yang lain dan 30% tentang perempuan manakala bagi seorang perempuan, 50-50 tentang lelaki-perempuan lain.

8. Kebisaanya kita hanya akan bermimpi tentang seseorang yang kita pernah lihat tidak kira sama ada masih ingat atau tidak.


Thursday 22 November 2012

[Movie] - Sinopsis Ponti vs Omi




Ponti VS Omi mengisahkan pergolakan hidup dua ekor hantu yang baru saja berkecimpung di dalam dunia kehantuan. Ponti merupakan seekor pontianak lelaki yang amat dibenci oleh pontianak-pontianak lain kerana sepatutnya semua pontianak datang dari golongan wanita. Omi pula seekor orang minyak lembut yang amat memeningkan kepala orang-orang minyak lain yang ditugaskan untuk menunjuk selok belok menjadi seekor orang minyak kepada beliau.

Walaubagaimanapun, ujian terakhir mereka merupakan cabaran yang sangat hebat apabila mereka dihantar untuk mencari mangsa di sebuah kampung yang dipanggil Kampung Puaka. Malangnya Kampung Puaka ini dipenuhi oleh orang-orang yang tidak takut akan hantu. Mereka ini tergolong daripada golongan pawang, bomoh dan juga hantu-hantu yang telah bertaubat. Kampung Puaka juga telah dipasang “pendinding sakti” dimana semua hantu tidak dapat masuk ke dalam kawasan kampung itu.



Kampung Puaka menerima penduduk kampung yang baru iaitu Saodah dan dua orang anak perempuannya, iaitu Bunga Cinta Kasturi dan Bunga Cinta Melur. Ponti dan Omi merancang untuk menyerang kedua – dua anak perempuan Saodah, tetapi, sebaliknya, mereka telah jatuh cinta kepada mereka. Ponti jatuh cinta dengan Bunga Cinta Kasturi, manakala, Omi pula jatuh cinta dengan Bunga Cinta Melur. Ini membuatkan mereka mengambil keputasan untuk menukar rancangan mereka, Ponti akan menyerang Bunga Cinta Melur dan Omi akan menyerang Bunga Cinta Kasturi. Tetapi, mereka berdua telah dihalang sesama sendiri dan menyebabkan mereka berdua bertelingkah.

Dalam pada masa yang sama, terdapat perebutan kuasa untuk menjadi ketua Kampung Puaka antara ketua Kampung Puaka dan adik iparnya sendiri, Sudiro. Tetapi, oleh kerana Pak Rejab adalah seorang yang lebih berpengalaman, Sudiro terpaksa mengikut cakap Pak Rejab. Ini membuatkan Sudiro tidak puas hati dengan Pak Rejab, dan telah membelot kampungnya sendiri dengan membuat perjanjian dengan ketua Orang Minyak, dan Ratu Pontianak.

Apa akan terjadi kepada nasib penduduk Kampung Puaka? Yang lebih penting, apa akan terjadi kepada Ponti dan Omi? Adakah mereka berdua akan menjadi hantu yang sejati?



SENARAI PELAKON

OMI : Johan Raja Lawak
PONTI : Nabil Raja Lawak
PAK REJAB : Afdlin Shauki
SUDIRO : Khir Rahman
RUMINAH : Lana Nordin
SAODAH : Adibah Noor
BUNGA CINTA KASTURI : Athira
BUNGA CINTA MELUR : Isma Hanum
LEMBAGA HITAM : Harun Salim Bachik
PROFFESOR ERIC MAN : Man Raja Lawak
DR. ROMI : Black Kopi O Raja Lawak
RATU SYAIRA : Sharifah Shahira
MARIA : Syarifah Amani
PENASIHAT PONTIANAK 1 : Dira Abu Zahar
PENASIHAT PONTIANAK 2 : Ozlyn Watie
PAKOK : Tepet Raja Lawak
HENTAK : Fizz Fairuz

[News] - Fear Factor Selebriti Malaysia


Seramai 30 orang selebriti terkenal tanah air akan berlepas selama sebulan ke Cape Town, Afrika Selatan petang ini untuk menjalani penggambaran dan melalui ujian getir dalam program terbaru Astro Ria iaitu Fear Factor Selebriti Malaysia bermula 23 Oktober hingga 15 November 2012. Bersesuian dengan tema Astro Ria iaitu Hiburan Melayu Utama, sudah pasti program ini bakal mendapat sambutan yang hebat terhadap para penonton kelak.



Antara selebriti terkenal yang akan menyertai Fear Factor Selebriti Malaysia termasuk angkasawan negara, Dr Faiz Khaleed, Jehan Miskin, Farish Aziz, Akim AF7, Nik Michael, Ezlynn, Celina Khor, Arthur Tan, Atu Zero, Azri AF9, Ajak Shiro, Elfira Roy, Johan Ashaari, Zoey Rahman, Roslan Shah, Didie Alias dan ramai lagi. Setiap dari mereka dibahagikan kepada dua peserta untuk satu kumpulan dimana terdapat 15 kumpulan yang bakal berentap merebut gelaran juara.

Kesemua mereka bakal melalui cabaran serta ujian ketahanan fizikal dan mental  yang disediakan di Cape Town nanti untuk menentukan kumpulan mana yang lebih ideal dan mampu bekerjasama untuk dinobatkan Juara Fear Factor Selebriti Malaysia. Malah setiap minggu akan  ada  kumpulan yang bakal disingkirkan jika tidak berjaya melepasi ujian atau cabaran yang disediakan.



Terdapat perbezaan di antara Fear Factor luar negara dan Fear Factor Selebriti Malaysia di mana 15 kumpulan ini bakal diuji dengan beberapa cabaran yang sememangnya berliku dan sudah pasti memberi pengalaman yang sangat berguna kepada selebriti-selebriti yang terlibat.

Apa yang menarik tentang program Fear Factor Selebriti Malaysia ini akan dikendalikan oleh pelakon lelaki popular masa kini iaitu Aaron Aziz. Bintang kelahiran Singapura ini bakal menerajui program Fear Factor Selebriti Malaysia sehingga ke pengakhiran kesemua episod yang disediakan.



Berikut adalah senarai penuh 15 kumpulan yang menyertai Fear Factor Selebriti Malaysia di Cape Town, Afrika Selatan :

·         Dr Faiz & Jehan Miskin

·         Farish Aziz & Akim AF7

·         Celina Khor & Arthur Tan

·         Atu Zero & Azri AF9

·         Ajak Shiro & Elfira Roy

·         Alif Hadi & Gambit Saifullah

·         Alam Wakaka & Arja Lee

·         Zoey Rahman & Dafi

·         Iz OIAM & Zawen

·         Johan Ashaari & Kaka Ashraff

·         Roslan Shah & Azam Pitt

·         Dazrin & Hairul Azreen

·         Didie Alias & Norisham Ismail

·         Hafizul On Air & Hefny On Air



Sumber Astrogempak Fearfactor

Medium where your mind chillout.

[News] - FFSM Didie Alias

Medium where your mind chillout.

Fear Factor Selebriti Malaysia, akan menemui anda.


[MTV] - Monster, Bing Bang



As salam, selamat pagi viewer. Sarapan pagi hawa telinga anda. Here good looking Korean guy singing.






Wednesday 21 November 2012

[Movie] - Wajib Tonton - Ponti vs Omi



Buah tangan terbaru Afdlin Sauki berjudul “Omi VS Ponti” (Orang Minyak VS Pontianak) akan mula ditayangkan di pawagam pada harini 22 November 2012.

Antara pelakon yang turut membintangi filem ini adalah Nabil Raja Lawak, Johan Raja Lawak, Sharifah Shaheera, Sharifah Amani serta Noh, Hujan.


Menurut Afdlin Sauki, sebahagian keuntungan Ponti vs Omi disalurkan kepada tabung gaza. Inilah cara dimana anda dapat berhibur, meluang masa bersama tersayang & membantu umat islam di Palestin.


[Parent] - 6 Tips Mendapat Zuriat untuk Lelaki




Agaimana memekatkan air mani anda / suami anda?

1. Berhenti Merokok
Berita buruk kepada perokok-perokok aktif. Merokok mempengaruhi jumlah air mani. Kajian menunjukkan perokok memi
liki jumlah air mani yang sedikit berbanding mereka yang tidak merokok.

2. Jauhkan seluar ketat atau air panas
Suhu pada testis akan mempengaruhi sistem reproduksi anda. Pastikan testis berada pada suhu yang sejuk berbanding bahagian tubuh yang lain. Seluar atau pakaian dalam yang ketat akan meningkatkan suhu pada bahagian testis dan ini adalah tidak disyorkan.



3. Teknik Pemakanan yang Sihat
Percaya atau tidak, apa yang anda makan akan mempengaruhi produksi air mani. Makan lah makanan yang berkhasiat dan yang berprotien tinggi.

4. Kurangkan Hubungan Seks, Elakkan Melancap atau Masturbasi
Air mani anda akan berkurangan setiap kali ejakulasi berlaku. Begitu juga kepadatan air mani anda akan berkurangan. Kurangkan hubungan seks dan elakkan sama sekali melancap atau masturbasi.



5. Elakkan Alkohol
Alkohol dapat mempengaruhi fungsi yang meningkatkan tahap estrogen. Jumlah estrogen yang tinggi pada tubuh akan mempengaruhi pengeluaran air mani. Hentikan pengambilan alkohol jika anda sayangkan air mani anda dan tidak mahu kehilangan air mani.

6. Makanan-makanan yang dapat meningkatkan air mani
Asid Amino L-Carnitine yang terdapat dalam daging merah dan susu telah terbukti dapat meningkatkan kelikatan dan kepadatan air mani. Begitu juga L-Arginine yang terdapat dalam kacang, telur dan daging. Amalkan memakan makanan-makanan yang dapat meningkatkan kelikatan air mani.


Maklumat lanjut layari Wanita Hari Ini


P/s: Admin bukan doktor, namun tidak bermakna ilmu bermanfaat tidak harus dikongsi.

[News] - Superman Malaya Lelong Trofi??!!





Rasanya ramai sedar akan konflik yang melanda semenanjung Gaza ketika ini di’mana penempatan rakyat Palestin itu sedang di’bedil bertalu talu oleh rejim Zionis.

Jika di’hitung, hari ini masuk hari keenam serangan yang tidak berperikemanusiaan itu & menurut laporan berita, tiada tanda tanda untuk serangan kali ini untuk berhenti.

Faizal Tahir pula mengambil pendekatan yang berlainan untuk membantu mereka yang tertindas di semenanjung Gaza dengan mengumumkan untuk melelong trofi milik beliau.

Bukan satu atau dua, tetapi kesemua trofi yang pernah beliau menangi sepanjang penglibatan beliau dalma dunia hiburan tempatan — AIM, AJL, ABPBH, APM kesemuanya.

“I’m selling off or rather auctioning off all of my trophies to raise funds for Gaza. ALL my trophies,” tulis Faizal Tahir melalui akaun Twitter beliau semalam.


[Goal] - Ronaldo Lelong Kasut Emas!!!




Konflik Israel – Palestin yang berlangsung di Tebing Gaza menarik perhatian pemain bola sepak terkenal, Cristiano Ronaldo sehingga dia sanggup melelongkan anugerah paling bermakna untuk kareer bola sepak, iaitu Kasut Emas dengan harga mencecah 1.4 juta Euro atau RM 5.5 juta.

Bekas pemain Manchester United yang kini bersama pasukan Real Madrid ini berhasrat menggunakan wang hasil lelongan untuk membantu Palestin membina beberapa buah sekolah yang hancur dibom rejim Zionis Israel.

Anugerah Kasut Emas diterima oleh Cristiano Ronaldo pada tahun 2011 setelah dia berjaya menjadi penjaring gol terbanyak untuk La Liga dengan jumlah sebanyak 40 gol.

Bagaimanapun, berita ini masih belum dapat disahihkan kerana tiada sebarang laporan daripada agensi dan media antarabangsa semasa artikel ini ditulis.


P/s : Ronaldo predict tahun nie tak dapat Ballon d’Or kot

[News] - Era.fm Radio #1



Pengukuran Pendengar Radio Nielsen, Liputan 2, 2012 yang diumumkan menyaksikan Astro Radio terus menerajui industri penyiaran radio negara dengan jumlah pendengar kumulatif 12.34 juta seminggu.



Astro Radio mendominasi ranking Top 3 stesen radio paling popular di Malaysia:

ERA fm di kedudukan No. 1
SINAR fm di kedudukan No. 2
THR (Raaga & Gegar) di kedudukan No. 3

Lima daripada lapan stesen radio di bawah naungan Astro Radio berada dalam senarai Top 10.

ERA fm di kedudukan No. 1
SINAR fm di kedudukan No. 2
THR (Raaga & Gegar) di kedudukan No. 3
MY FM di kedudukan No. 6
Hitz.fm di kedudukan No. 7

Astro Radio juga kekal No. 1 dalam semua kategori bahasa utama – ERA fm (Bahasa Malaysia), hitz.fm (Bahasa Inggeris), MY FM (Bahasa Cina) & THR Raaga (Bahasa Tamil)

Stesen Bahasa Malaysia


ERA fm tidak berganjak daripada kedudukan stesen radio No. 1 negara dengan 4.48 juta pendengar seminggu.

SINAR fm mengikuti rapat di kedudukan No.2 keseluruhan dengan 4.22 juta pendengar seminggu.

THR Gegar semakin kuat sebagai stesen No. 1 Pantai Timur, dengan 1.97 juta pendengar seminggu.

Stesen Bahasa Inggeris

Hitz.fm tetap stesen Bahasa Inggeris No. 1, menjadi pilihan 1.70 juta rakyat Malaysia seminggu.

MIX fm, menghiburkan 399,000 pendengar yang gemarkan kepelbagaian dalam citarasa muzik. Pendengar MIX fm mengikuti stesen radio ini lebih lama berbanding kajian lepas, iaitu dari 5 jam 25min ke 6 jam 27min seminggu.

LiteFM yang terkenal dengan lagu-lagu antarabangsa ’80-an, digemari 277,000 pendengar. Purata masa para pendengar mengikuti Lite FM meningkat dari 7jam 42min ke kini 11jam 27min seminggu.

Stesen Bahasa Cina

MY FM tidak tergugat sebagai stesen No. 1 Bahasa Cina, dengan mempunyai 2.20 juta pendengar.

MELODY FM, baru sahaja dilancarkan Ogos tahun ini, membuat penampilan kali pertama yang memberangsangkan dalam kaji selidik, meraih 134,000 pendengar.

Stesen Bahasa Tamil

THR Raaga selesa sebagai stesen No. 1 Bahasa Tamil, menghiburkan 1.66 juta orang.

Sunday 18 November 2012

[Cool] - Mc Donald's Gravity




[Goal] - Top 10 Saves in AFF Suzuki Cup 2010




Friday 16 November 2012

Malaysia vs Indonesia (3-0) First Half Highlights 2010 AFF Suzuki Cup Final 1st Leg





Malaysia vs Indonesia (3-0) First Half Highlights 2010 AFF Suzuki Cup Final 1st Leg AFF Suzuki Cup Highlights 2010 ! Bukit Jalil Malaysia, Final Indonesia vs Malaysia 1st Leg. All Goals 26 December 2010. First Leg.


AFF Suzuki Cup 2010Malaysia 3-0 IndonesiaSunday 26 December 2010Star Sports




[News] - McD Breakfast Day




Mcdonalds Homepage

[Ridiculouness] - Popcorned




MTV Ridiculousness, hosted by Rob Dyrdek, show that takes the funniest amateur internet videos and builds them into an episode of edgy, funny & most important, timeless television.




[Ridiculouness] - Pain Faces




MTV Ridiculousness, hosted by Rob Dyrdek, show that takes the funniest amateur internet videos and builds them into an episode of edgy, funny & most important, timeless television.





[Ridiculousness] - Ghost




MTV Ridiculousness, hosted by Rob Dyrdek, show that takes the funniest amateur internet videos and builds them into an episode of edgy, funny & most important, timeless television.


[Ridiculousness] - Grand Entrance




MTV Ridiculousness, hosted by Rob Dyrdek, show that takes the funniest amateur internet videos and builds them into an episode of edgy, funny & most important, timeless television.



[Ridiculousness] - Ginger Tossing




MTV Ridiculousness, hosted by Rob Dyrdek, show that takes the funniest amateur internet videos and builds them into an episode of edgy, funny & most important, timeless television.


Thursday 15 November 2012

[Infographic] - Number behind Computer


Fact eco footprint of Computer. Source reuters.com, energystar.org nytimes.com energysavers.com



[Movie] - Twilight Movie Marathon & Movie Premier


The Twilight Saga Breaking Dawn Part 2 akan menemui penonton tak lama lagi. Admin dikhabarkan, filem ini akan ditayangkan di pawagam mulai tanggal 22 November nanti. Rasa tak sabar untuk menonton babak-babak seterusnya dan menonton lakonan hebat pelakon-pelakon Twilight di pawagam.



Bersempena dengan tayangan filem penamat siri Twilight ini, Cathay Cineleisure dengan kerjasama Nusantara Edaran Filem Sdn Bhd akan mengadakan The Twilight Saga Movie Marathon pada 23 November, hari Jumaat bermula dari jam 8 malam sehingga 8 pagi 24 November 2012 di Cathay Cineleisure.



Selama 12 jam back to back siri Twilight untuk santapan anda. Admin tak sanggup kerna ada jemputan kahwin di Taiping, Perak. Saksikan trailer siri penamat Twilight  dibawah.

#TwilightMovieMarathonCathay




[Tech] - LED in Japan

Konsep bandaraya bermandikan lampu telah lama dipraktikan di sebuah kepulauan di Jepun yang telah lama dipasang. Mungkin i-City di Malaysia mendapat inspirasi dari sini, akan tetapi mereka masih jauh berbanding galeri dibawah.

Inilah kesan pengguna LED + kreativiti oleh Jurutera Jepun. Gambate!!











[News] - Hadiah Ipad & RM15,000 untuk dimenangi Pertandingan Filem Pendek




Info Pertandingan

Terdapat 2 kategori dalam pertandingan ini;

1. Peringkat Kebangsaan (Terbuka kepada Semua)

2. Peringkat Sekolah Menengah Negeri Perak (Terbuka kepada pelajar-pelajar sekolah menengah di negeri Perak)



Tema & Durasi Video

Peserta perlu menghasilkan sebuah video pendek bertemakan elemen berkaitan negeri Perak seperti makanan tradisi negeri Perak, lokasi menarik, tokoh atau pahlawan dari negeri Perak, tempat bersejarah di Perak atau dialek Perak. Durasi video hendaklah tidak melebihi 3 minit.

Cara-cara menyertai pertandingan:

Langkah 1:
Rakam video anda dan jalankan kerja suntingan.
Ingat! Panjangnya mestilah kurang dari 3 minit!

Langkah 2:
Muatnaik video anda ke Youtube.com. Anda perlu mewujudkan satu akaun dalam Youtube untuk melakukan ini.

Langkah 3:
Isikan borang penyertaan peraduan dan sertakan pautan video anda pada borang tersebut (contohnya: http://www.youtube.com/watch?v=hLdKsKep1og)

Hadiah


[360] - Musee du Louvre


Musee du Louvre atau Musium Perancis, merupakan pusat landmark kota Paris, Perancis. Hampir 35,000 barangan dipamerkan meliputi barang prasejarah ke kurun ke-19 dipamerkan pada kawasan 60,600 metre persegi (652,300 kaki persegi).

Musium ini memegang rekod dunia bagi bilangan pengunjung yang tinggi. Saban tahun tidak kurang 8 juta pelawat mengunjungi Musee du Louvre. Landmark yang menarik membuatkan pengarah filem Hollywood merakam Musee du Louvre dalam National Treasure.

Ikuti paparan pnoramic 360 Musee du Louvre oleh Felipe Garchet. Lanjut di Laman Rasmi Musee du Louvre.










LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...