Nuffnang Ads

Thursday 22 November 2012

[News] - Fear Factor Selebriti Malaysia


Seramai 30 orang selebriti terkenal tanah air akan berlepas selama sebulan ke Cape Town, Afrika Selatan petang ini untuk menjalani penggambaran dan melalui ujian getir dalam program terbaru Astro Ria iaitu Fear Factor Selebriti Malaysia bermula 23 Oktober hingga 15 November 2012. Bersesuian dengan tema Astro Ria iaitu Hiburan Melayu Utama, sudah pasti program ini bakal mendapat sambutan yang hebat terhadap para penonton kelak.



Antara selebriti terkenal yang akan menyertai Fear Factor Selebriti Malaysia termasuk angkasawan negara, Dr Faiz Khaleed, Jehan Miskin, Farish Aziz, Akim AF7, Nik Michael, Ezlynn, Celina Khor, Arthur Tan, Atu Zero, Azri AF9, Ajak Shiro, Elfira Roy, Johan Ashaari, Zoey Rahman, Roslan Shah, Didie Alias dan ramai lagi. Setiap dari mereka dibahagikan kepada dua peserta untuk satu kumpulan dimana terdapat 15 kumpulan yang bakal berentap merebut gelaran juara.

Kesemua mereka bakal melalui cabaran serta ujian ketahanan fizikal dan mental  yang disediakan di Cape Town nanti untuk menentukan kumpulan mana yang lebih ideal dan mampu bekerjasama untuk dinobatkan Juara Fear Factor Selebriti Malaysia. Malah setiap minggu akan  ada  kumpulan yang bakal disingkirkan jika tidak berjaya melepasi ujian atau cabaran yang disediakan.



Terdapat perbezaan di antara Fear Factor luar negara dan Fear Factor Selebriti Malaysia di mana 15 kumpulan ini bakal diuji dengan beberapa cabaran yang sememangnya berliku dan sudah pasti memberi pengalaman yang sangat berguna kepada selebriti-selebriti yang terlibat.

Apa yang menarik tentang program Fear Factor Selebriti Malaysia ini akan dikendalikan oleh pelakon lelaki popular masa kini iaitu Aaron Aziz. Bintang kelahiran Singapura ini bakal menerajui program Fear Factor Selebriti Malaysia sehingga ke pengakhiran kesemua episod yang disediakan.



Berikut adalah senarai penuh 15 kumpulan yang menyertai Fear Factor Selebriti Malaysia di Cape Town, Afrika Selatan :

·         Dr Faiz & Jehan Miskin

·         Farish Aziz & Akim AF7

·         Celina Khor & Arthur Tan

·         Atu Zero & Azri AF9

·         Ajak Shiro & Elfira Roy

·         Alif Hadi & Gambit Saifullah

·         Alam Wakaka & Arja Lee

·         Zoey Rahman & Dafi

·         Iz OIAM & Zawen

·         Johan Ashaari & Kaka Ashraff

·         Roslan Shah & Azam Pitt

·         Dazrin & Hairul Azreen

·         Didie Alias & Norisham Ismail

·         Hafizul On Air & Hefny On Air



Sumber Astrogempak Fearfactor

Medium where your mind chillout.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...