Nuffnang Ads
Wednesday, 21 November 2012
[Parent] - 6 Tips Mendapat Zuriat untuk Lelaki
Agaimana memekatkan air mani anda / suami anda?
1. Berhenti Merokok
Berita buruk kepada perokok-perokok aktif. Merokok mempengaruhi jumlah air mani. Kajian menunjukkan perokok memi
liki jumlah air mani yang sedikit berbanding mereka yang tidak merokok.
2. Jauhkan seluar ketat atau air panas
Suhu pada testis akan mempengaruhi sistem reproduksi anda. Pastikan testis berada pada suhu yang sejuk berbanding bahagian tubuh yang lain. Seluar atau pakaian dalam yang ketat akan meningkatkan suhu pada bahagian testis dan ini adalah tidak disyorkan.
3. Teknik Pemakanan yang Sihat
Percaya atau tidak, apa yang anda makan akan mempengaruhi produksi air mani. Makan lah makanan yang berkhasiat dan yang berprotien tinggi.
4. Kurangkan Hubungan Seks, Elakkan Melancap atau Masturbasi
Air mani anda akan berkurangan setiap kali ejakulasi berlaku. Begitu juga kepadatan air mani anda akan berkurangan. Kurangkan hubungan seks dan elakkan sama sekali melancap atau masturbasi.
5. Elakkan Alkohol
Alkohol dapat mempengaruhi fungsi yang meningkatkan tahap estrogen. Jumlah estrogen yang tinggi pada tubuh akan mempengaruhi pengeluaran air mani. Hentikan pengambilan alkohol jika anda sayangkan air mani anda dan tidak mahu kehilangan air mani.
6. Makanan-makanan yang dapat meningkatkan air mani
Asid Amino L-Carnitine yang terdapat dalam daging merah dan susu telah terbukti dapat meningkatkan kelikatan dan kepadatan air mani. Begitu juga L-Arginine yang terdapat dalam kacang, telur dan daging. Amalkan memakan makanan-makanan yang dapat meningkatkan kelikatan air mani.
Maklumat lanjut layari Wanita Hari Ini
P/s: Admin bukan doktor, namun tidak bermakna ilmu bermanfaat tidak harus dikongsi.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment