Nuffnang Ads

Thursday 15 November 2012

[Movie] - Twilight Movie Marathon & Movie Premier


The Twilight Saga Breaking Dawn Part 2 akan menemui penonton tak lama lagi. Admin dikhabarkan, filem ini akan ditayangkan di pawagam mulai tanggal 22 November nanti. Rasa tak sabar untuk menonton babak-babak seterusnya dan menonton lakonan hebat pelakon-pelakon Twilight di pawagam.



Bersempena dengan tayangan filem penamat siri Twilight ini, Cathay Cineleisure dengan kerjasama Nusantara Edaran Filem Sdn Bhd akan mengadakan The Twilight Saga Movie Marathon pada 23 November, hari Jumaat bermula dari jam 8 malam sehingga 8 pagi 24 November 2012 di Cathay Cineleisure.



Selama 12 jam back to back siri Twilight untuk santapan anda. Admin tak sanggup kerna ada jemputan kahwin di Taiping, Perak. Saksikan trailer siri penamat Twilight  dibawah.

#TwilightMovieMarathonCathay




No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...