Nuffnang Ads

Wednesday 21 November 2012

[Goal] - Ronaldo Lelong Kasut Emas!!!




Konflik Israel – Palestin yang berlangsung di Tebing Gaza menarik perhatian pemain bola sepak terkenal, Cristiano Ronaldo sehingga dia sanggup melelongkan anugerah paling bermakna untuk kareer bola sepak, iaitu Kasut Emas dengan harga mencecah 1.4 juta Euro atau RM 5.5 juta.

Bekas pemain Manchester United yang kini bersama pasukan Real Madrid ini berhasrat menggunakan wang hasil lelongan untuk membantu Palestin membina beberapa buah sekolah yang hancur dibom rejim Zionis Israel.

Anugerah Kasut Emas diterima oleh Cristiano Ronaldo pada tahun 2011 setelah dia berjaya menjadi penjaring gol terbanyak untuk La Liga dengan jumlah sebanyak 40 gol.

Bagaimanapun, berita ini masih belum dapat disahihkan kerana tiada sebarang laporan daripada agensi dan media antarabangsa semasa artikel ini ditulis.


P/s : Ronaldo predict tahun nie tak dapat Ballon d’Or kot

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...