Nuffnang Ads

Wednesday 7 November 2012

[Fakta] - Pengasas Jadual Berkala


Jadual berkala unsur kimia adalah himpunan paparan berkaitan unsur kimia yang diketahui dalam bentuk jadual. Unsur ini disusun menurut struktur elektron agar kebanyakan sifat kimia berubah secara tetap sepanjang jadual. Setiap unsur disenaraikan menurut nombor atom dan simbol kimia.

Jadual ini mula-mulanya diperkenalkan oleh Dmitri Mendeleev, seorang ahli kimia lahir pada 1839 dari Rusia yang menghimpunkan unsur-unsur untuk menunjukkan ciri-ciri unsur itu yang berulang ("berkala") mengikut jadual. Jadual ini telah diperbaiki mengikut peredaran masa, selaras dengan penemuan unsur baru serta penghasilan teori baru mengenai unsur-unsur.

Jadual piawaian membekalkan asas yang diperlukan. Terdapat juga kaedah lain memaparkan unsur kimia untuk lebih terperinci atau sudut pandangan lain.

Dmitri Mendeleev




Mendeleev menyusun unsur-unsur mengikut tertib jisim atom menaik seperti yang dilkukan oleh John Newlands, tetapi dengan beberapa perbezaan seperti berikut:

1. Semua unsur dengan sifat-sifat yang sama tergolong dalam lajur(kumpulan) yang sama.

2. Beliau meninggalkan tempat-tempat kosong dalam Jadual Berkala Unsur untuk unsur-unsur yang belum dijumpai pada masa itu.

3. Beliau menggunakan kedudukan unsur dalam Jadual Berkala untuk meramalkan sifat-sifat bagi unsur-unsur yang beliau temui pada masa itu.Ramalannya disahkan benar apabila unsur-unsur tersebut ditemui beberapa tahun kemudian.Misalnya Mendeleev telah meramalkan unsur yang diberi nama Eka-silikon yang bermaksud selepas Silikon.Menurut ramalannya Eka-silikon mempunyai sifat-sifat yang serupa dengan Silikon.Apabila unsur Germanium dijumpai pada tahun 1886, didapati sifat-sifatnya adalah sama dengan sifat Eka-silikon seperti yang diramalkan oleh Mendeleev sebelum itu.Unsur-unsur lain yang telah diramalkan oleh beliau ialah Galium dan Skandium.

Unsur-unsur yang tidak sesuai diletakkan ke mana-mana kumpulan biasa disusun ke dalam satu blok yang berasingan iaitu ke kumpulan logam peralihan.Contoh unsur-unsur tersebut ialah:

1. Mangan(Mn)
2. Besi(Fe)
3. Kobalt(Co)
4. Nikel(Ni)

Walaupun unsur-unsur disusun mengikut tertib jisim atom menaik, tetapi beliau menerbalikkan dua pasangan unsur iaitu Nikel(jisim atom 58.7) dengan Kobalt(jisim atom 58.9) dan Iodin(jisim atom 126.9) dengan Telurium(jisim atom 127.6) supaya unsur-unsur tdengan sifat kimia yang sama dapat dikumpulkan dalam kumpulan yang sama.Penyusunan ini dapat disahkan benar apabila unsur-unsur disusun mengikut tertib nombor atom dalam Jadual Berkala Moden.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...