Nuffnang Ads
Tuesday, 18 December 2012
[Islam] - Memandikan Jenazah
Apabila seseornag itu meninggal dunia, terputuslah daripadanya amalannya kecuali tiga perkara : sedekah jariahnya atau ilmunya yang dimanfaatkan atau anak soleh yang mendoakannya. (Hadis Sahih Muslim)
Untuk makluman muslin muslimat pembaca, bila sebut perkataan Fadhu Ain, iaitu setiap perintah wajib, setiap kewajipan yang diwajibkan keatas setiap individu muslim yang cukup syarat-syaratnya, seperti Solat. Fardhu Kifayah suatu perkara perintah wajib, perintah yang diwajibkan keatas umat Islam tetapi bezanya apabila terdapat seorang atau kumpulan yang melaksana/mengerjakanya/melakukanya maka gugur kewajipan Fardhu Kifayah. Memandikan Jenazah adalah Fardhu Kifayah. Ini yang membezakan Fardhu Ain & Fardhu Kifayah.
Hukum yang boleh memandikan mayat
1. Islam
2. Merdeka
3. Bukan pembunuh si mayat
4. Bukan kanak-kanak
5. Bukan musuh si mayat
6. Bukan orang yang fasik
7. Orang yang jujur & amanah
Riwayat dari Abu Said Al-Khudriy katanya
" Rasulullah SAW bersabda, Sesungguhnya mayat itu tahu siapan yang memandikannya, mengusung dan memasukkannya ke dalam kubur. Ia dapat mengetahuinya kerana adanya hubungan roh dengan badan."
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment